Rabu, 25 Januari 2017 | 7:44am

Jumlah mangsa banjir meningkat di Johor

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang berada di 76 pusat pemindahan di seluruh Johor meningkat kepada 8,999 orang daripada 2,712 keluarga, setakat jam 9.30 pagi ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata mangsa banjir di daerah Segamat terus meningkat kepada 6,651 orang membabitkan 2,094 keluarga.

Katanya, bilangan pusat pemindahan yang dibuka di daerah berkenaan juga meningkat kepada 50, berbanding 40 malam tadi.

Beliau berkata, di Tangkak 830 mangsa dari 224 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Ayub berkata, di Johor Bahru pula 91 mangsa membabitkan 24 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan. 

"Seramai 1,003 mangsa dari 249 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan di Kota Tinggi, juga di Kluang 135 mangsa membabitkan 35 keluarga berada di empat pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Ayub berkata, di Mersing seramai 111 mangsa dari 39 keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan. 

Katanya, di Muar pula jumlah mangsa meningkat kepada 167 orang membabitkan 44 keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

"Bagi daerah Batu Pahat, sebuah pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 11 mangsa dari tiga keluarga," katanya.

ANGGOTA bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa banjir di Taman Aman dan Taman Mawai, Kota Tinggi. Lebih kurang 820 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir Dewan Kota Kecil, semalam. - Foto ihsan Bomba Johor

ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemindahan mangsa banjir yang terbabit di Taman Sungai Gemas ke pusat pemindahan banjir di Dewan Besar Gemas, Negeri Sembilan. - Foto ihsan Bomba

ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir yang terbabit di Taman Sungai Gemas ke pusat pemindahan banjir di Dewan Besar Gemas, Negeri Sembilan. - Foto ihsan Bomba

AYUB (kiri) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika melakukan lawatan ke pusat pemindahan di Kampung Melayu Raya, Segamat, semalam. - Foto ihsan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kemelah

PENDUDUK terpaksa mengambil risiko menggunakan landasan kereta api yang roboh akibat arus deras selepas laluan jalan raya bandar Segamat ke Yong Peng terputus hubungan apabila air Sungai Genuang melimpah di Jalan Genuang. - Foto Adi Safri

LALUAN jalan raya bandar Segamat ke Yong Peng terputus hubungan apabila air Sungai Genuang melimpah di Jalan Genuang, Segamat. - Foto Adi Safri

Berita Harian X