Khamis, 26 Januari 2017 | 6:45pm

Pemilihan Presiden FAM: Khairy sedia tarik diri

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika ucapan penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang III Tahun 2016 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan beliau akan menarik diri sekiranya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Keadaan itu dilihat membuka peluang lebih luas buat TMJ untuk mengetuai tampuk kepemimpinan badan induk bola sepak negara itu menjelang Kongres Ke-53 FAM pada 25 Mac ini.

Ditanya kesediaan beliau menarik diri sekiranya TMJ mahu bertanding, Khairy berkata: "Ya, pasti (saya akan tarik diri) dan saya rasa Tan Sri Annuar (Musa) pun akan tarik diri.

"Dia (Annuar) kata kalau TMJ bertanding dia akan tarik diri. Tan Sri Aseh (Che Mat) saya rasa automatik (tarik diri)," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, sebentar tadi.

Berita Harian X