Khamis, 26 Januari 2017 | 11:21pm

Israel lulus 153 lagi penempatan di timur Jerusalem

MEIR Turgeman.
MEIR Turgeman.

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel hari ini memberikan kelulusan terakhir untuk pembinaan 153 penempatan di timur Baitulmaqdis, kata Timbalan Datuk Bandar, Meir Turgeman

Perkembangan itu menyaksikan peningkatan mendadak projek sedemikian sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mula bertugas.

Turgeman berkata, beberapa kelulusan daripada sebuah jawatankuasa perancang adalah antara projek tertangguh disebabkan tekanan daripada pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Susulan majlis angkat sumpah Trump, Turgeman bercakap mengenai rancangan pembinaan 11,000 rumah dalam proses untuk wilayah timur Baitulmaqdis yang dijajah Israel.

"Saya akan meluluskan permit untuk beribu-ribu rumah di Baitulmaqdis beberapa bulan lagi," kata Turgeman. Kelulusan hari ini adalah untuk kediaman di kejiranan Gilo. - AFP

Berita Harian X