Jumaat, 27 Januari 2017 | 12:15am

United sedia bawa Dele Alli ke Old Trafford

MANCHESTER United sedang mengintai peluang untuk mengikat bintang Tottenham Hotspur Dele Alli.

MANCHESTER: Manchester United sedang mengintai peluang untuk mengikat bintang Tottenham Hotspur Dele Alli, menurut laporan The Sun.

Perjanjian berpotensi itu mungkin menelan kos United sebanyak STG100 juta (RM590 juta) dan hanya akan dilengkapkan pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Menurut sumber utama bola sepak, Vincent Rodriguez yang juga bekas rakan sekerja Jorge Mendes, United sudah memberikan 'lampu hijau' kepada Jose Mourinho untuk mengemukakan bidaan itu.

Malah, Rodriguez berkata Tottenham juga bersedia melepaskan pemain bintang itu ke Old Trafford, tetapi dengan syarat mendapat bayaran yuran pembelian yang 'luar biasa'.

Alli begitu menyinar buat Tottenham pada musim ini, mengepalai perebutan gelaran liga skuad kendalian Mauricio Pochettino bersama penyerang Harry Kane.

Apa yang menarik, tonggak antarabangsa England itu turut menjaringkan lapan gol dalam tujuh penampilan terakhir dan meledak gol pertama Spurs ketika bangkit mengikat Manchester City 2-2 pada Ahad lalu. - Agensi

Berita Harian X