Sabtu, 28 Januari 2017 | 12:47am

Trump terus kritik Mexico isu tembok sempadan

DONALD Trump. - Foto AP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump terus mengkritik Mexico, dengan berkata negara itu sudah lama meraih manfaat daripada Amerika Syarikat, ketika krisis keselamatan sempadan dan perdagangan kedua-dua negara kian meruncing.

Semalam, Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto, membatalkan satu lawatan ke Washington untuk bertemu dengan Trump, yang berulang kali menuntut Mexico membayar tembok di sempadan Amerika Syarikat bagi membendung pendatang haram.

Semalam, Rumah Putih mencadangkan cukai import 20 peratus untuk barangan Mexico bagi menampung kos pembinaan tembok sempadan itu sehingga menyebabkan mata wang peso susut teruk. - REUTERS

Berita Harian X