Sabtu, 28 Januari 2017 | 8:25am

Mangsa banjir di Johor terus berkurangan

MANGSA banjir, Normah Muslim (kiri) dan suaminya, Norazam Mat Tahar mengemas semula kelengkapan rumah yang selamat dipindahkan daripada banjir di Jalan Pemuda, Segamat. - Foto Adi Safri
MANGSA banjir, Normah Muslim (kiri) dan suaminya, Norazam Mat Tahar mengemas semula kelengkapan rumah yang selamat dipindahkan daripada banjir di Jalan Pemuda, Segamat. - Foto Adi Safri

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun hingga 6 pagi ini, apabila 4,301 orang daripada 1,137 keluarga ditempatkan di 55 pusat pemindahan sementara, berbanding 4,834 mangsa dipindahkan malam tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata jumlah mangsa di daerah Segamat juga semakin menurun apabila 2,403 orang daripada 621 keluarga ditempatkan di 621 pusat pemindahan.

Katanya, di Tangkak seramai 1,473 mangsa daripada 397 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan. 

"Di daerah Kluang pula, tiada sebarang perubahan dengan sembilan orang daripada tiga keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan. 

"Seramai 416 mangsa daripada 116 keluarga pula ditempatkan di enam pusat pemindahan di daerah Muar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

KETUA UMNO Bahagian Sekijang, Datuk Dr Baharum Mohamed (dua dari kanan) membantu mengisi bekalan makanan ke dalam bot untuk diagihkan kepada penduduk yang yang terputus hubungan akibat banjir di Jalan Pagoh-Bukit Kepong, Segamat. - Foto Adi Safri

Ayub berkata, Jalan Pogoh -Tekam, Jalan Kuala Paya - Balai Badang, Tumang Batu Anam - Kawasan Ladang dan di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan.

Selain itu katanya, Jalan Muar - Labis di Kilometer 61, Jalan Pagoh Terkam dan Jalan Renang Gombang-Liang Batu di Muar juga masih tutup.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X