Ahad, 29 Januari 2017 | 2:35pm

Industri teknologi AS kecam dasar imigresen Trump

SAN FRANCISCO: Industri teknologi AS, pengambil pekerja asing utama, membidas perintah eksekutif terkini Presiden Donald Trump berhubung dasar imigresen dengan beberapa peneraju industri menyifatkannya sebagai tidak bermoral dan 'un-American'.

Trump memerintahkan halangan sementara ke atas rakyat dari tujuh negara majoriti Islam daripada memasuki Amerika Syarikat (AS) sungguhpun mereka memiliki visa sah atau permit penduduk tetap, satu langkah yang mengejutkan banyak syarikat.


KETUA Eksekutif Netflix Inc, Reed Hastings. - Foto www.slate.com

Ketua Eksekutif Netflix Inc, Reed Hastings menyifatkannya sebagai "minggu menyedihkan" dan menambah: "Sekarang adalah masanya untuk kita merapatkan barisan bagi melindungi nilai-nilai orang Amerika seperti kebebasan dan peluang."

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, mengirim surat kepada kakitangannya menyatakan perintah Trump sebagai "bukan dasar yang kita sokong" dan berjanji akan membantu kakitangan yang terjejas.

"Kita sudah menghubungi Rumah Putih untuk menjelaskan kesan negatif ke atas rakan sekerja dan syarikat kami," tambah Cook.

Elon Musk, pengasas Tesla dan SpaceX yang bertemu Trump baru-baru ini, berkata di Twitter: "Halangan kemasukan ke atas rakyat beberapa negara Islam bukan cara terbaik menangani cabaran negara ini."

Musk sendiri adalah anak kelahiran Afrika Selatan.

Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky berkata: "Tidak membenarkan negeri atau pelarian memasuki AS adalah tidak betul dan kita mesti bersatu mempertahankan mereka yang terjejas."

Airbnb akan menyediakan penginapan percuma kepada sesiapa saja yang tidak dibenarkan daripada memasuki AS, kata Chesky.

Aaron Levie, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Box Inc yang terkenal lantang, berkata: "Perintah eksekutif ke atas imigrasi adalah tidak bermoral dan tidak beretika kepada nilai-nilai kita."

Perintah yang dikeluarkan Jumaat lalu bakal menjadi masalah utama kepada syarikat teknologi, berpotensi menyaksikan beberapa kakitangan tersadai di luar negara dan tidak dapat kembali ke AS.

Google, anak syarikat Alphabet Inc, segera memanggil balik kakitangannya dari luar negara dan memaklumkan mereka berkemungkinan terjejas oleh larangan itu supaya tidak meninggalkan AS.

Seorang kakitangan Google rakyat Iran yang memiliki status pemastautin sah berjaya pulang ke AS hanya beberapa jam sebelum perintah itu berkuat kuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, turut bimbang akan perintah itu dan menyuarakan sokongan kepada as "concerned" about the order and voiced support for imigran. - Reuters

62 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »