Ahad, 29 Januari 2017 | 4:21pm
PENDUDUK melintasi jambatan terapung sementara yang dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan 'Jambatan Penghubung Kasih' berusia lebih 30 tahun yang runtuh pada 20 Januari lalu di Sungai Kesang di sempadan Melaka dan Johor. Jambatan sementara sepanjang 75 meter itu dibina menggunakan bahan plastik tahan lasak (jet float) bagi kegunaan kenderaan bermotosikal, basikal dan pejalan kaki menghubungkan Kampung Parit Penghulu, Jasin dan Kampung Telok Rimba, Ledang, Johor. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

RAJD bina jambatan sementara di Sungai Kesang

JASIN : 'Jambatan Penghubung Kasih' di Sungai Kesang yang runtuh pada 20 Januari lalu, kini diganti dengan jambatan terapung sementara bagi memudahkan penduduk kampung Melaka dan Johor menggunakan laluan keluar masuk itu untuk urusan harian masing-masing.

Jurucakap Trup 9 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Terendak, berkata jambatan sementara sepanjang 75 meter itu dibina menggunakan bahan plastik tahan lasak (jet float) bagi kegunaan kenderaan bermotosikal, basikal dan pejalan kaki sahaja.

"Jambatan ini dibina pada pagi Khamis lalu dan sudah mula digunakan pada petang Jumaat. Ia diikat menggunakan tali di kedua-dua belah tebing bagi mengelakkan ia dihanyutkan arus.

"Kira-kira 11 anggota turut ditempatkan di kawasan itu bagi mengawasi keselamatan pengguna laluan jambatan sementara ini, selain sebuah bot disediakan sebagai langkah siap sedia," katanya di sini, hari ini.

Katanya, laluan itu hanya dibuka bermula jam 7 pagi hingga jam 7 malam setiap hari.

"Jambatan ini akan dialihkan apabila jambatan kekal siap dibina," katanya.

BH Online sebelum ini melaporkan, kira-kira 5,000 pengguna terkandas apabila jambatan Penghubung Kasih berusia 30 tahun dengan kos RM700,000 yang menjadi laluan utama penduduk kampung keluar masuk ke Melaka dan Johor, runtuh kira-kira jam 3 petang, 20 Januari lalu.

EXCO Pertanian Dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman yang ditemui meninjau lokasi sebelum ini berkata jambatan kekal dijangka mula dibina pada awal Februari ini.

Berita Harian X