Ahad, 29 Januari 2017 | 7:09pm
PENDUDUK Kaum Cina di Jalan Chan Chi Koon di bandar Segamat sedang membersihkan lumpur akibat banjir. - Foto Ahmad Ismail
PENDUDUK Kaum Cina di Jalan Chan Chi Koon di bandar Segamat sedang membersihkan lumpur akibat banjir. - Foto Ahmad Ismail

Banjir di Johor kian pulih

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor semakin pulih dengan 1,899 mangsa dari 529 keluarga masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 6 petang tadi, seramai 1,220 mangsa daripada 326 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara di daerah Segamat.

Katanya, di daerah Tangkak, seramai 269 mangsa daripada 83 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan."Seramai 410 mangsa daripada 120 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Muar," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, empat jalan di daerah Segamat iaitu Jalan Pogoh-Tekam, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Tumang Batu Anam - Kawasan Ladang dan laluan ke Lubuk Lanjut, masih ditutup kepada semua lalu lintas.

Beliau berkata, Jalan Muar-Labis di kilometer 61 dan jambatan Kampung Sungai Pinggan di Pontian, masih ditutup.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X