Isnin, 30 Januari 2017 | 10:27am

Mangsa banjir Pahang bertambah pagi ini

MANGSA banjir melihat keadaan air yang melimpahi kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai hingga menenggelamkan tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu. Tingkat atas sekolah tersebut dijadikan Pusat Perpindahan Sementara (PPS) mangsa banjir. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kembali meningkat kepada 5,595 orang daripada 1,503 keluarga, berbanding 5,460 orang daripada 1,454 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff, berkata daerah Temerloh masih mencatatkan jumlah mangsa ramai iaitu 2,202 orang daripada 556 keluarga.

Katanya, ia diikuti Pekan dengan 1,108 mangsa daripada 292 keluarga, Maran 928 orang (270 keluarga), Bera 782 orang (184 keluarga), Jerantut 403 orang (156 keluarga), Lipis 90 orang (24 keluarga) dan Rompin 82 orang (21 keluarga).

"Sebanyak 80 pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu 25 di Temerloh, Maran (18), Pekan (17), Bera (14) manakala Jerantut, Lipis dan Rompin masing-masing dua pusat pemindahan" katanya.

BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X