Isnin, 30 Januari 2017 | 2:53pm

Pejalan kaki maut dilanggar kenderaan

NORASIKIN, menunjukkan percutian terakhir iaitu pada dua minggu lalu bersama arwah suaminya, Mohamad Fandi Rosli di Pulau Langkawi sebelum suaminya terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pagi semalam. - Foto Nor Farhani Che Ad

SERDANG: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 21.5 Lebuhraya Damansara Puchong menghala ke Sunway, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Chong Yoke Mei, 54, yang dari arah Pusat komersil Jalan Kenari hendak melintas lebuh raya berkenaan menuju ke pusat membeli belah IOI Puchong.

Sebuah kenderaan tidak dikenal pasti dikatakan tidak sempat mengelak melanggar mangsa sebelum dia tercampak beberapa meter di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, akibat kemalangan cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini adalah berpunca daripada kecuaian pejalan kaki dan mangsa tercampak apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika melintas.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta berhubung dengan cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-80713116 bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X