Isnin, 30 Januari 2017 | 3:08pm

Banjir di Johor semakin surut

GURU dan pelajar membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Segamat selepas banjir surut . -Foto ihsan pembaca
GURU dan pelajar membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Segamat selepas banjir surut . -Foto ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor semakin pulih dengan 1,797 mangsa dari 504 keluarga masih ditempatkan di 27 pusat pemindahan di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 2 petang tadi, seramai 1,118 mangsa daripada 301 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara di daerah Segamat.

Katanya, di daerah Tangkak, tiada perubahan dengan seramai 269 mangsa daripada 83 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan.

"Seramai 410 mangsa daripada 120 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Muar," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, lima jalan di daerah Segamat iaitu Jalan Pogoh-Tekam, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Tumang Batu Anam - Kawasan Ladang dan laluan ke Lubuk Lanjut serta laluan ke Tangga Batu-Tahang Rimau masih ditutup kepada semua lalu lintas.

Katanya, Jalan Muar-Labis di kilometer 61 dan jambatan Kampung Sungai Pinggan di Pontian, masih ditutup.

Info

Jumlah Pusat Pemindahan

27

Jumlah Keluarga

504

Jumlah Mangsa

1,797

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X