Isnin, 30 Januari 2017 | 6:46pm

5 maut dua kereta bertembung

KEADAAN kereta yang bertembung Jalan Ipoh - Lumut bedekatan Siputeh. -Foto NSTP/Abdullah Yusof

BATU GAJAH: Lima, termasuk dua wanita maut, manakala tiga cedera selepas dua kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Ipoh- Lumut berhampiran Siputeh, dekat, kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Empat mangsa dipercayai maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hospital. 

Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti identiti semua mangsa kemalangan, yang membabitkan sebuah kereta Toyota Vios dan sebuah Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengesan identiti mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Halid Md Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.31 petang dan lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Bomba mengeluarkan empat mangsa yang tersepit, manakala dua lagi berjaya dikeluarkan orang awam. 

"Empat mangsa berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Empat mayat mangsa iaitu seorang wanita dan tiga lelaki dihantar ke Rumah Mayat Hospital Batu Gajah, manakala satu lagi mayat wanita dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Berita Harian X