Selasa, 31 Januari 2017 | 9:36am

Banjir Johor: 1,390 mangsa di 22 pusat pemindahan

PENDUDUK meredah banjir untuk membeli keperluan harian di Kampung Kundang Ulu. - Foto Adi Safri

JOHOR BAHRU: Seramai 1,390 mangsa banjir daripada 384 keluarga masih ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara di tiga daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata di Segamat, seramai 982 mangsa daripada 264 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara.

Katanya, di daerah Tangkak, seramai 25 mangsa daripada enam keluarga juga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan.

"Seramai 383 mangsa daripada 114 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di Muar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, hanya dua jalan di daerah Segamat iaitu Jalan Pogoh-Tekam dan Balai Badang-Mensudut Lama masih ditutup kepada semua lalu lintas.

Selain itu, Jalan Muar-Labis di Muar dan jambatan Kampung Sungai Pinggan di Pontian, masih ditutup.

INFO

Jumlah Pusat Pemindahan - 22

Jumlah Keluarga  - 384

Jumlah Mangsa - 1,390

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X