Selasa, 31 Januari 2017 | 2:04pm

Keadaan banjir di Johor beransur pulih

GURU dan pelajar membersihkan SK Kampong Tengah, Segamat membantu untuk membersihkan kelas selepas banjir surut Khamis lepas. - Foto Ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan 1,346 mangsa daripada 375 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara, setakat jam 12 tengah hari, berbanding 1,390 mangsa pagi tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata di Segamat, seramai 938 mangsa daripada 255 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan. 

Katanya, di daerah Tangkak, tiada sebarang perubahan dengan 25 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. 

"Seramai 383 mangsa daripada 114 keluarga juga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di Muar," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. 

Ayub berkata, Jalan Pogoh-Tekam di Segamat masih ditutup kepada semua lalu lintas. 

Selain itu, katanya, Jalan Muar-Labis di Muar dan jambatan Kampung Sungai Pinggan di Pontian, masih ditutup.

INFO

*Jumlah pusat pemindahan: 22

*Jumlah keluarga: 375

* Jumlah mangsa: 1,346 orang

Berita Harian X