Selasa, 31 Januari 2017 | 6:43pm

Jumlah mangsa banjir terus berkurangan

Guru dan pelajar membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Segamat selepas banjir surut ia Khamis lepas. - Foto NSTP/Ihsan pembaca
Guru dan pelajar membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Segamat selepas banjir surut ia Khamis lepas. - Foto NSTP/Ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin pulih selepas 1,158 mangsa daripada 316 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara setakat jam 4 petang, berbanding 1,390 mangsa pagi tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata di Segamat, seramai 831 mangsa daripada 221 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan. 

Katanya, di daerah Tangkak, tiada sebarang perubahan dengan 25 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. 

"Seramai 302 mangsa daripada 89 keluarga  ditempatkan di dua pusat pemindahan di Muar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Ayub berkata, di Segamat Jalan Pogoh-Tekam masih ditutup kepada semua lalu lintas. 

Selain itu, katanya Jalan Pagoh-Tekam di Muar dan jambatan Kampung Sungai Pinggan di Pontian, masih ditutup.

INFO

Jumlah pusat pemindahan - 19

Jumlah keluarga - 316

Jumlah mangsa 1,158.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X