Selasa, 31 Januari 2017 | 9:39pm

Warga emas maut kemalangan 3 kenderaan

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Bikam dekat Sungkai, petang tadi. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Bikam dekat Sungkai, petang tadi. - Foto ihsan Bomba

BATU GAJAH : Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh sebuah kereta di Jalan Batu Gajah - Tanjung Tualang berhampiran simpang pekan Chenderong dekat sini, petang tadi. 

Dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah lagi kereta pada jam 6.15 petang itu, Chong Kum Fok, 67, yang memandu Toyota Land Cruiser maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta Toyota Vios serta pemandu kereta Perodua Viva tidak cedera. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta Vios bersama isterinya dalam perjalanan dari Batu Gajah menghala ke Tanjung Tualang. 

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan pacuan empat roda yang dipandu warga emas berkenaan dari arah bertentangan dipercayai terbabas sebelum masuk ke laluan Vios terbabit. 

"Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, pemandu Land Cruiser gagal mengelak dan merempuh kereta berkenaan. 

"Pada masa sama, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang mengekori kereta Vios turut gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh belakang Vios itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  

Mohd Nasri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat esok. 

"Siasatan masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X