Rabu, 1 Februari 2017 | 1:03pm

UMNO, BN Terengganu fokus masalah rakyat

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, selain meningkatkan kebajikan golongan sasar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pimpinan parti di peringkat cawangan dan bahagian turut diarah meningkatkan gerak kerja bagi tujuan itu.

"Masalah perselisihan faham antara kepemimpinan parti sudah diselesaikan secara perbincangan hati ke hati.

"Tumpuan utama semua pemimpin UMNO dan BN kini adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya selepas pada Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Kerajaan dan Angkat Sumpah Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan di sini, hari ini.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu, mengulas arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, yang meminta jentera parti meningkatkan gerak kerja selain menyelesaikan perselisihan yang boleh memudaratkan parti menjelang persidangan UMNO peringkat cawangan dan bahagian mulai bulan depan.

Berita Harian X