Rabu, 1 Februari 2017 | 1:23pm

Pertumbuhan aktiviti pembuatan China perlahan

AKTIVITI pengilangan di China perlahan pada bulan Januari. - Foto hiasan/AFP

BEIJING: Aktiviti pengilangan di China perlahan pada bulan Januari namun angka rasmi yang dikeluarkan menunjukkan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu akan terus menunjukkan tanda untuk kembali stabil.

Penurunan aktiviti pengilangan ini disebabkan banyak perniagaan ditutup lebih seminggu sempena Tahun Baru Cina.

Indeks pengurusan pembelian (PMI), yang mengukur keadaan di kilang dan lombong, menurun pada 51.3 pada bulan Januari, berbanding 51.4 bulan sebelumnya.

Analisis Bloomberg juga menjangkakan PMI China akan berada di purata 51.2 pada Januari.

Sektor pembuatan utama berjuang menghadapi kekenduran permintaan dunia bagi produk China dan kapasiti industri berlebihan.

Tetapi kelembapan ini membantu peningkatan dalam pasaran pembinaan dan perumahan berikutan satu siri langkah pelonggaran kewangan yang telah menyumbang kepada pemulihan mendadak dalam aktiviti perkilangan.

China adalah pemacu penting pertumbuhan global, tetapi ekonominya berkembang hanya 6.7 peratus pada 2016, kadar yang paling lemah dalam satu perempat daripada satu abad.

Negara ini menyaksikan pertumbuhan yang sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini, meningkat kepada 6.8.

Tetapi negara itu juga sedang menghadapi ketidakpastian dalam tahun baru, dengan dasar baru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memberi kesan besar kepada negara yang sangat bergantung kepada eksport itu.

Beijing berkata ia mahu menyesuaikan semula ekonominya dari bergantung kepada pelaburan hutang ke arah model yang digerakkan oleh pengguna, tetapi peralihan itu telah terbukti mencabar. - AFP

Berita Harian X