X
Rabu, 1 Februari 2017 | 4:55pm

1 lagi pusat pemindahan di Segamat ditutup

PENDUDUK menunjukkan tanaman pokok serai yang musnah akibat banjir di Kampung Gudang Garam, Segamat. - Foto Ahmad Ismail
PENDUDUK menunjukkan tanaman pokok serai yang musnah akibat banjir di Kampung Gudang Garam, Segamat. - Foto Ahmad Ismail

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan sementara di Segamat ditutup petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan pusat yang masih beroperasi adalah sebanyak 16 yang menempatkan 750 mangsa daripada 203 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Pusat pemindahan sementara yang ditutup itu ialah Balairaya Kampung Padang Kiambang yang menempatkan 68 mangsa daripada 14 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata di Segamat, seramai 556 mangsa daripada 148 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan.

Katanya, di daerah Tangkak, masih tiada sebarang perubahan dengan 25 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

"Seramai 169 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Muar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, di Segamat Jalan Pogoh-Tekam masih ditutup kepada semua lalu lintas selain Jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian susulan jambatan runtuh di laluan berkenaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X