Khamis, 2 Februari 2017 | 7:31pm

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring kebanyakan mata wang negara Asia pesat membangun susulan kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (FED) mengekalkan kadar faedah.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup 4.4220/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4280/4310 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata, FED mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat pertamanya sejak Donald Trump memulakan tugas sebagai presiden AS.

"Kenyataan FED selepas mesyuarat itu juga tidak cenderung kepada kadar faedah tinggi yang menimbulkan keraguan mengenai pelarasan kadar pada mesyuarat pada Mac nanti," katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit semakin meningkat susulan kecenderungan pengukuhan bagi minggu akan datang berikutan kelemahan dolar AS, harga minyak mentah yang stabil dan asas ekonomi kukuh, kata seorang lagi peniaga.

"Kami menjangkakan ringgit meningkat lagi untuk mencecah 4.4100 berbanding dolar AS awal minggu depan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.9314/9367 daripada 3.8897/8930 semalam dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1375/1424 daripada 3.1212/1244.

Ringgit juga lemah berbanding pound kepada 5.6142/6197 daripada 5.4965/5020 dan susut berbanding kepada 4.7815/7872 daripada 4.7415/7460 sebelum ini.

BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X