Khamis, 2 Februari 2017 | 9:51pm

Nafi keluar kad pengenalan Bangsa Johor


KAD pengenalan Bangsa Johor yang viral dalam laman sosial.

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menafikan ada mengeluarkan kad pengenalan Bangsa Johor seperti yang viral dalam media sosial.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani, berkata kad berkenaan seperti itu tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri.

"Kad berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri ini.

"Malah penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

13 dibaca
Berita Harian X