Jumaat, 3 Februari 2017 | 6:57am

Celta, Alaves seri tanpa jaringan Copa del Rey


PEMAIN Celta Vigo, Theo Bongonda (kiri) mengasak bola dengan pemain penyerang Alaves, Victor Laguardia ketika separuh akhir Copa del Rey. Perlawanan RC Celta de Vigo menentang Deportivo Alaves di stadium Balaidos, Vigo. - Foto AFP

MADRID: Celta Vigo dan Alaves masing-masing buntu memburu jaringan dalam saingan separuh akhir pertama Copa del Rey yang menyaksikan perlawanan berlangsung dalam keadaan cuaca yang buruk.

Celta, yang menyingkirkan Real Madrid di peringkat suku akhir, memiliki beberapa peluang keemasan tetapi percubaan mereka diselamatkan penjaga gol lawan, Fernando Pacheco serta dua kali terkena palang gol.

Bekas penyerang Liverpool, Iago Aspas merembat tepat ke arah palang gol dan ketika perlawanan berbaki dua minit, Pacheco memanfaatkan hantaran Pablo Hernandez untuk cuba menjaringkan gol, tetapi bola rembatannya tersekat di kelopak air di depan pintu gol.

Kedua-dua pasukan yang tidak pernah memenangi kejohanan itu akan bertemu lagi di pusingan kedua pada 8 Februari ini untuk mencari tiket ke perlawanan akhir.

Dalam satu lagi saingan separuh akhir kelmarin, Luis Suarez dan Lionel Messi menjaringkan gol untuk Barcelona ketika pelawat meraikan kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid.

Perlawanan pusingan kedua dilihat memberi kelebihan kepada Barca yang akan beraksi di laman sendiri - Nou Camp. - AFP

44 dibaca
Berita Harian X