Sabtu, 4 Februari 2017 | 11:05pm

ANGKASA sasar keahlian 2,500 koperasi baharu

Abdul Fattah (duduk, dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya meneliti data pendaftaran koperasi sebagai ahli ANGKASA di Langkawi. - Foto Hamzah Osman
Abdul Fattah (duduk, dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya meneliti data pendaftaran koperasi sebagai ahli ANGKASA di Langkawi. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) menyasarkan 2,500 buah koperasi didaftarkan sebagai ahlinya menerusi kempen keahlian 'Jom Join ANGKASA Siri 3' menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata hingga akhir tahun lalu, sebanyak 13,249 koperasi di seluruh negara sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan 9,000 daripadanya menjadi ahli ANGKASA.

"Sasaran kita selepas ini adalah meningkatkan hingga 85 peratus atau 11,000 buah koperasi mendaftar sebagai ahli ANGKASA dengan memfokuskan kepada koperasi yang baharu atau pun tidak aktif.

"Banyak manfaat boleh diperoleh koperasi yang mendaftar sebagai ahli ANGKASA yang juga badan induk koperasi negara," katanya selepas menghadiri Bengkel Pengemaskini Data Maklumat Keahlian dan Indeks Prestasi Utama (KPI) Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri di MyAngkasa Akademi & Resort, di sini, hari ini.

Seramai 50 peserta terdiri Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pegawai Penyelaras ANGKASA Negeri hadir pada bengkel berkenaan yang membincangkan prestasi dan halatuju badan induk koperasi negara itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X