Ahad, 5 Februari 2017 | 7:29am

Sabah dan Sarawak dijangka hujan pagi ini

Peta Sarawak dan Sabah

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dijangka hujan pada pagi ini.

 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan di negeri berkenaan diramal berterusan hingga petang.

 

"Ia membabitkan Kudat, Labuan, Sandakan, Sabah dan Betong, Bintulu, Limbang serta Miri di Sarawak.

 

"Bagi Tawau, Sabah dan Sri Aman, Sarawak, dijangka hujan pada sebelah petang.

 

"Pada sebelah malam pula, hujan diramal di satu dua tempat di Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu," katanya.

 

 

Berita Harian X