Ahad, 5 Februari 2017 | 5:42pm

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Jabatan Kehakiman

NOEL Francisco.

SAN FRANCISCO: Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat menolak permohonan Jabatan Kehakiman untuk segera melaksanakan semula perintah eksekutif sekatan imigresen Presiden Donald Trump ke atas pelancong tertentu dan semua pelarian.

Sebaliknya pada awal hari ini, Mahkamah Rayuan Litar ke-9 AS di San Francisco meminta kedua-dua negeri Washington dan pentadbiran Trump supaya memfailkan lebih banyak hujah menjelang tengah hari Isnin.

Pentadbiran Trump membuat rayuan ke atas keputusan hakim persekutuan yang mengarahkan larangan itu digantung buat sementara.

Pemangku Peguam Cara Negara, Noel Francisco pada malam Sabtu lalu dengan tegasnya berhujah dalam taklimat ringkas kerajaan bahawa kuasa presiden "sebahagian besarnya mempunyai imuniti daripada kawalan kehakiman" apabila ia membabitkan keputusan siapa yang dibenarkan masuk atau tinggal di Amerika Syarikat. - AP

Berita Harian X