Isnin, 6 Februari 2017 | 2:52pm

Ahmad Razif ditimpa kemalangan - Pejabat MB Terengganu

MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. - Foto Abdullah Yusof

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini dalam pemerhatian doktor dalam tempoh 24 jam, selepas dilaporkan ditimpa kemalangan.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan, berkata semua program yang membabitkan Ahmad Razif terpaksa ditangguhkan, bagi membolehkannya berehat.

"Semua program yang membabitkan Menteri Besar terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

"Ini berikutan Yang Amat Berhormat (YAB) ditimpa kemalangan yang memerlukan pengawasan doktor untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam seterusnya, " katanya.

Difahamkan keadaan Ahmad Razif dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

BH kini sedang mendapatkan laporan terperinci berhubung kemalangan yang menimpa Ahmad Razif.

Berita Harian X