Ahad, 21 Disember 2014 | 12:38pm
SEBAHAGIAN 20 rumah yang musnah ketika kebakaran di Jalan Simpur, Kepayan, Kota Kinabalu awal hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin
SEBAHAGIAN 20 rumah yang musnah ketika kebakaran di Jalan Simpur, Kepayan, Kota Kinabalu awal hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin

Dua kilang, tiga rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kepayan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api ketika kebakaran lebih 20 rumah di Jalan Simpur, Kepayan, Kota Kinabalu awal hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api ketika kebakaran lebih 20 rumah di Jalan Simpur, Kepayan, Kota Kinabalu awal hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Dua buah kilang dan tiga rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Jalan Simpur, Kepayan awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata lima jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu dan Jalan Lintas bersama 28 anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan pada 3.42 pagi.

"Kejadian itu melibatkan kilang papan dan perabot serta satu blok bangunan rumah pekerja kilang berkenaan yang mempunyai 11 pintu. Kebakaran juga merebak dan memusnahkan tiga rumah setinggan yang berhampiran," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata anggota bomba dapat mengawal kebakaran itu jam 5 pagi.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat termasuk untuk mengenal pasti mangsa yang terlibat. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X