Rabu, 8 Februari 2017 | 12:13pm

257 maut sepanjang Tahun Baharu Cina


TAN Sri Noor Rashid Ibrahim. - Foto Khairunisah Lokman

KUALA LUMPUR: Sepanjang Op Selamat 10/2017 sempena Tahun Baharu Cina bermula 21 Januari hingga Ahad lalu, mencatatkan 257 kematian selain 255,392 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata jumlah kematian itu menurun 7.9 peratus berbanding 279 pada Op Selamat 8/2016 tahun lalu.

"Daripada 255,392 saman dikeluarkan, kesalahan memandu melebihi had laju mencatatkan jumlah saman tertinggi iaitu sebanyak 128,903.

"Sebanyak 20,752 kemalangan berlaku sepanjang Op Selamat baru-baru ini, dengan 235 daripadanya membabitkan kemalangan maut.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Op Selamat 10/2017 di Bukit Aman di sini, hari ini.

Berita Harian X