Rabu, 8 Februari 2017 | 2:38pm

BDB rancang projek hartanah GDV RM1.245 bilion

PENGARAH Urusan Bina Darulaman Berhad, Datuk Izham Yusoff. - Foto Nazran Jamel

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB), pemaju hartanah tempatan merancang membangunkan projek hartanah membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.245 bilion tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Izham Yusoff berkata, bermula tahun ini, syarikat berpangkalan di Kedah itu akan membangunkan 4,131 unit kediaman menerusi projek sedia ada dan baharu.

Lebih menarik, katanya, 84 peratus daripada rancangan pembangunan itu akan dimajukan dengan kediaman mampu milik berharga di bawah RM500,000 seunit.

"Kami akan bangunkan 3,489 unit kediaman mampu milik, 288 unit kediaman sederhana mewah berharga RM501,000 hingga RM700,000 dan mewah (354 unit) berharga RM700,000 ke atas.

"BDB jangkakan projek pertama tahun ini adalah kediaman mampu milik yang akan dilancarkan pada Mac ini," katanya pada taklimat media BDB di sini, hari ini.

Berita Harian X