Khamis, 9 Februari 2017 | 10:48am
Mayat lelaki yang ditemui di perairan Sungai Taiwan, Sebatik di Indonesia, pagi ini. - Foto Ihsan IPD Tawau
Mayat lelaki yang ditemui di perairan Sungai Taiwan, Sebatik di Indonesia, pagi ini. - Foto Ihsan IPD Tawau

6 beranak antara 13 mangsa bot karam

Mayat lelaki yang ditemui di perairan Sungai Taiwan, Sebatik di Indonesia, pagi ini. - Foto Ihsan IPD Tawau
Mayat lelaki yang ditemui di perairan Sungai Taiwan, Sebatik di Indonesia, pagi ini. - Foto Ihsan IPD Tawau

TAWAU: Enam beranak dari Sulawesi, Indonesia adalah antara 13 mangsa bot karam di perairan Tinangat, dekat sini, petang kelmarin.

Ia susulan laporan polis dibuat waris mangsa pada jam 10.25 malam tadi yang memaklumkan ahli keluarganya berada dalam bot berkenaan.

Enam beranak itu adalah Amiruddin Beddure, 57; isterinya, Hadra Hadde, 40; serta anak mereka, Taki Mohd Zaki, 6; Mohd Faiz, 4; Nurhafizah, 2, dan Mohd Asraf, sembilan bulan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata pihaknya berusaha mengesan waris mangsa lain dalam bot berkenaan yang berada di daerah itu.

Katanya, pagi ini pasangan suami isteri yang terselamat dalam insiden itu akan ditemubual sekali lagi bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, usaha mengesan pemilik bot dan pengurus yang bertanggungjawab membuat penghantaran penumpang dari Batu Payung di sini ke Sungai Nyamuk di Indonesia masih giat dijalankan," katanya di sini.

Dua mangsa yang terselamat ialah warga Indonesia Budiman Muslimin, 26, dan isterinya, Hasmida Masaniaga, 24.

Mereka ditemui oleh penduduk Kampung Batu Payung yang melihat kedua-duanya berenang di pesisir pantai kampung berkenaan sambil meminta tolong, jam 6 petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, bot membawa 14 penumpang serta seorang tekong dikatakan terbalik selepas terkena ombak besar mengakibatkan semua mangsa tercampak ke dalam laut.

Berita Harian X