Jumaat, 10 Februari 2017 | 8:56am

Nyamuk tertarik bau badan manusia


SAINTIS percaya 'bau badan manusia' menjadi punca nyamuk tertarik kepada manusia yang mengidap malaria. - Foto hiasan

LONDON (AP): Saintis percaya 'bau badan manusia' menjadi punca nyamuk tertarik kepada manusia yang mengidap malaria.

Penyelidik Sweden berkata, mereka berjaya mengenal pasti bahan yang dipam keluar oleh parasit malaria yang mencetuskan bau tersendiri, yang hanya boleh dikesan oleh nyamuk.

Hasil kajian oleh Universiti Stockholm itu diterbitkan dalam jurnal sains, semalam.

Malaria yang berpunca daripada parasit dan disebarkan oleh nyamuk.

Ia menggigit seseorang yang sudah dijangkiti Malaria dan kemudiannya menyebarkan parasit itu kepada individu lain.

Penyakit ini mengorbankan kira-kira 429,000 orang setiap tahun, kebanyakannya kanak-kanak di Afrika. - AP

107 dibaca
Berita Harian X