Jumaat, 10 Februari 2017 | 3:12pm
Lim Yi Jun (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak ketika upacara pembakaran mayat ahli keluarganya di Pusat Krematorium Berapit, Bukit Mertajam. - Foto Amir Irsyad Omar

Mayat empat sekeluarga dibakar


MAYAT keempat-empat mangsa ketika upacara pembakaran mayat di Pusat Krematorium Berapit, Bukit Mertajam. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: Mayat empat sekeluarga yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Isnin lalu, disempurnakan dalam upacara pembakaran mayat di pusat krematorium Berapit, di sini, hari ini.

Mayat mendiang Goh Bre Khim, 52; suaminya, Lim Ah Kok, 58 dan dua anak lelaki mereka, Lim Yong Liang, 20; dan Lim Yong Wei, 17 dibawa dari Jalan Bunga Raya Merah dekat Butterworth, selepas upacara keagamaan.

Lebih 200 ahli keluarga dan rakan mangsa berkumpul di pusat krematorium berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Dalam kejadian Isnin lalu, keempat-empat mangsa meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan USJ 2/3, Subang Jaya.

Mayat Bre Khim ditemui dalam bilik air di bilik tidur utama di tingkat atas, manakala mayat Ah Kok, Yong Liang dan Yong Wei dalam bilik kedua.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, dipetik sebagai berkata, semua mangsa tidak rentung namun dipercayai mati akibat lemas terhidu asap.

97 dibaca
Berita Harian X