Jumaat, 10 Februari 2017 | 5:01pm

Terengganu perintis konsortium koperasi OKU

KUALA TERENGGANU: Terengganu menjadi perintis penubuhan gabungan koperasi orang kurang upaya (OKU) di negara ini, menerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad (KKPTB).


Mohamad Azmi Omaruddin

Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Mohamad Azmi Omaruddin, berkata konsortium yang ditubuhkan hari ini, itu menggabungkan Koperasi Peka Malaysia Berhad (mewakili OKU pekak), Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad (cacat anggota) dan Koperasi PERTIS Terengganu Berhad (cacat penglihatan).

Beliau berkata, penubuhan konsortium itu diharap dapat mengangkat martabat dan kedudukan golongan OKU ke tahap lebih baik, terutama daripada aspek ekonomi.

"Penubuhan KKPTB adalah usaha murni dan diharap dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi memayungi keperluan dan kepentingan golongan OKU.

"ANGKASA komited membangunkan gerakan koperasi dan akan menyokong KKPTB bagi merencana program pembangunan perniagaan untuk golongan itu," katanya selepas merasmikan penutupan Seminar Pembangunan KKPTB di sini, hari ini.

37 dibaca
Berita Harian X