Isnin, 22 Disember 2014 | 1:22pm

Melaka paling ramai 8A Ujian Penilaian Kelas KAFA

PUTRAJAYA: Seramai 27,614 atau 15.29 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh negara pada tahun ini berjaya mendapat 8A.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata pencapaian terbabit meningkat 3.1 peratus berbanding tahun lalu yang mana seramai 22,608 calon mendapat 8A.

"Melaka menjadi negeri tertinggi yang memperoleh 8A iaitu 26.7 peratus calon diikuti Wilayah Persekutuan (23.76 peratus) dan Sabah (21.71 peratus)," katanya pada sidang media pengumuman keputusan UPKK 2014 di sini hari ini.

Berita Harian X