Sabtu, 11 Februari 2017 | 1:53pm
BASUKI Tjahaja Purnama.
BASUKI Tjahaja Purnama.

Umat Islam tunai solat hajat di Jakarta

JAKARTA: Ribuan umat Islam berhimpun di masjid di sini, hari ini, untuk menunaikan solat hajat menjelang pilihan raya gabenor, minggu depan.

Perhimpunan turut bertujuan mendesak rakyat Indonesia mengundi calon beragama Islam di semua bandar dan daerah pada pilihan raya itu.

Orang ramai membanjiri Masjid Istiqlal dan jalan sekitarnya selepas polis melarang perhimpunan anjuran kumpulan penyokong tegar Islam.

Tindakan kumpulan itu sebagai membantah pelantikan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, yang mencetuskan tunjuk perasaan pada November dan Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Ahok kekal selaku calon utama dalam pilihan raya Gabenor Jakarta, yang bakal berlangsung Rabu ini.

Ketika ini, Ahok berhadapan dengan perbicaraan mahkamah atas dakwaan menghina al-Quran.

Indonesia adalah negara yang mempunyai penganut agama Islam tertinggi di dunia, tetapi turut mengiktiraf agama lain. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X