Ahad, 12 Februari 2017 | 12:05am

Penyokong Pulau Pinang merusuh di Batu Kawan

BATU KAWAN: Penyokong fanatik Harimau Kumbang merusuh di luar Stadium Negeri Pulau Pinang (SNPP) sebaik sahaja perlawanan antara Pulau Pinang dan Sarawak tamat dengan pasukan pelawat menang 1-0.

Kekecohan berlaku selama 30 minit mengakibatkan berlaku lontaran objek ke dalam stadium.

PENYOKONG Pulau Pinang menyalakan suar selepas pasukan mereka tewas 0-1 kepada Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Batu Kawan, malam ini. - Foto Ramdzan Masiam

Tindakan liar segelintir penyokong fanatik tuan rumah menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk bertindak meleraikan rusuhan tersebut.

Unit FRU terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan yang berlaku di luar stadium.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sebarang Prai Selatan (SPS), Shamsudin Mamat berkata keadaan terkawal dan penyokong fanatik berjaya dileraikan dengan aman.

Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan ke atas kumpulan penyokong berkenaan dan setakat ini tiada laporan kecederaan mahupun kerosakan harta benda diterima setakat ini.

Berita Harian X