Selasa, 23 Disember 2014 | 7:36am

Kastam kenal pasti penipuan daftar GST

Muka depan BH hari ini.

KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan penipuan serta pemalsuan pendaftaran dan pengisytiharan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berjuta ringgit.

Daripada 236,610 pendaftaran setakat kelmarin, beberapa syarikat dan individu dikenal pasti terbabit dan KDRM akan menghantar pasukan untuk mengaudit syarikat terbabit bermula Januari ini.

Pengarah GST KDRM, Datuk T Subromaniam, ketika mendedahkannya kepada BH semalam, berkata kes itu membabitkan penipuan pendaftaran syarikat, menipu pengisytiharan nilai tuntutan cukai, memalsukan perniagaan dan cubaan menggodam sistem GST KDRM seperti yang sering berlaku di luar negara.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Berita Harian X