Rabu, 15 Februari 2017 | 8:48am

Keputusan UPKK mulai jam 11 pagi ini


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Seramai 46,461 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 memperoleh 8A, peningkatan 4 peratus berbanding tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula jam 11 pagi ini, serta di sekolah bermula jam 3 petang ini.

Berita Harian X