Khamis, 16 Februari 2017 | 7:30am

Lebih 1,000 penduduk Christchurch berpindah

LEBIH 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan hari ini, berikutan kebakaran hutan melanda Christchurch, iaitu bandar ketiga terbesar di New Zealand, sehingga memaksa pengisytiharan perintah darurat peringkat negeri. - Foto The Press

WELLINGTON: Lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan hari ini, berikutan kebakaran hutan melanda Christchurch, iaitu bandar ketiga terbesar di New Zealand, sehingga memaksa pengisytiharan perintah darurat peringkat negeri.

Menurut beberapa pekerja kecemasan, kebakaran yang melanda di daerah Ports Hill di bandar itu bermula, awal minggu ini, namun merebak pantas semalaman ke kawasan seluas lebih 1,800 hektar.

Perdana Menteri New Zealand, Bill English turut membatalkan semua programnya, sebelum bergegas ke Christchurch bagi memantau perkembangan.

"Situasi masih serius. Polis dan anggota Pertahanan Awam bertungkus lumus memindahkan penduduk dan memasang sekatan di beberapa kawasan penting, selain meronda kawasan yang sudah dikosongkan," kata Pengawal Pertahanan Awam Christchurch, David Adamson," - REUTERS

Berita Harian X