Khamis, 16 Februari 2017 | 9:57am

Trump gugur dasar penyelesaian dua negara

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggugurkan dasar mendesak penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Trump berjanji melaksanakan perjanjian lebih baik, namun berkata kedua-dua pihak mesti berkompromi.

Israel dan Palestin tiada rundingan damai berkesan sejak 2014.

Dalam sidang media itu juga, Trump meminta Netanyahu menangguhkan sementara pembinaan penempatan di Tebing Barat.

Israel sudah meluluskan beribu-ribu penempatan baharu di Tebing Barat dan di timur Baitulmaqdis Timur, sejak Trump mengambil alih pentadbiran, bulan lalu. - BBC

Berita Harian X