Isnin, 25 Ogos 2014 | 1:35pm

Saham KL turun pada tengah hari akibat tekanan jualan

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia terus susut pada akhir sesi pagi hari ini berikutan tekanan jualan.

Pada waktu rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.25 mata kepada 1,860.74, selepas bergerak antara 1,860.29 dan 1,873.66 sepanjang sesi.

Semua indeks di papan skor mencatatkan kerugian dengan Indeks Kewangan turun 79.5 mata kepada 17,366.93, dengan Indeks Perusahaan merosot 28.68 mata kepada 3,231.59, dan Indeks Perladangan berkurangan 130.92 mata kepada 8,459.37.

Indeks FBM Emas susut 73.1 mata kepada 3,009.16, Indeks FBMT100 turun 70.13 mata kepada 12,577.88, FBM 70 merosot 82.91 mata kepada 14,287.56 manakala FBM ACE berkurangan 80.59 mata kepada 6,993.027.

Saham rugi mengatasi untung sebanyak 559 berbanding 226, manakala 281 kaunter tidak berubah, 570 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.55 bilion saham bernilai RM816 juta.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Axiata kekal, masing-maisng pada RM10.10, RM19.32 dan RM6.95.

TNB susut enam sen kepada RM12.44 dan CIMB turun 10 sen kepada RM7.06.

Antara saham aktif, Sumatec merosot tiga sen kepada 47.5 sen, PDZ berkurangan 3.5 sen kepada 31.5 sen, Nexgram susut setengah sen kepada 13.5 sen manakala Luster turun satu sen kepada 11 sen. IFCA menokok tujuh sen kepada 33.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X