Jumaat, 17 Februari 2017 | 11:14am

STAR akui sumbangan Adenan


Lina Soo

SEMATAN: Presiden Parti Reformasi Negeri, Lina Soo, berkata parti itu mengakui sumbangan Tan Sri Adenan Satem memperjuangkan hak Sarawak.

"Walaupun berlainan ideologi berbanding BN, bila bercakap pasal Adenan, siapa yang boleh menafikan jasa dan perjuangan arwah mahu memartabatkan Sarawak seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

" Memang beliau sudah pergi meninggalkan kita... tapi entahlah kita seperti masih merasai kehadirannya, " katanya kepada BH di sini.

STAR mencalonkan Johnny Aput melawan calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu, yang juga isteri kepada Adenan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Sama juga seperti Johnny, Lina juga tidak berminat, malah enggan menyerang Jamilah dalam kempen parti berkenaan dan hanya menyerang secara umum dasar BN, serangan peribadi terhadap Jamilah bukan termasuk strategi kempen bagi menghormati Adenan.

"STAR bertanding pada PRK ini demi memastikan BN tidak berdepan laluan mudah menang... sebab pembangkang (STAR) bertanding anda tengoklah berapa banyak peruntukan dan projek diumumkan BN kepada penduduk Tanjong Datu.

"Kami sebenarnya sudah 'menang' membela penduduk di sini, " katanya.

19 dibaca
Berita Harian X