Jumaat, 17 Februari 2017 | 11:43am

Loob lancar jenama Tealive


BRYAN Loo pada majlis pelancaran Tealive di Pavilion Kuala Lumpur. - Foto Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Loob Holdings Sdn Bhd, bekas pengendali jenama teh terkemuka, Chatime melancarkan jenama minuman teh baharu dikenali sebagai Tealive.

Jenama itu dilancarkan di cawangan Pavillion Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ketua Eksekutifnya, Bryan Loo berkata jenama baharu itu mempunyai empat minuman istimewa.

"Ia termasuklah Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea serta Signature Passion Fruit Green Tea," katanya pada majlis pelancaran jenama baharu itu.

Sempena pelancaran, Tealive menawarkan promosi '1 untuk 1' lima jam sehari selama lima hari.

Pelanggan yang membeli minuman Tealive dari jam 1 tengah hari hingga 6 petang akan mendapat satu lagi minuman percuma pada 18 hingga 22 Februari ini.

Berita Harian X