Jumaat, 17 Februari 2017 | 6:04pm

11 maut pertempuran di Nigeria

SEKURANG-kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran membabitkan tentera Nigeria dan kumpulan militan di kawasan pinggir timur laut, bandar Maiduguri di sini, awal pagi tadi. - Foto The Nation

MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran membabitkan tentera Nigeria dan kumpulan militan di kawasan pinggir timur laut, bandar Maiduguri di sini, awal pagi tadi.

Menurut saksi, mangsa membabitkan sembilan pengebom nekad dan dua penduduk awam.

Polis berkata, kejadian itu berlaku tiga pengebom nekad wanita meletupkan kenderaan yang diletakkan di stesen simpanan.

Yang turut terkorban, dua penduduk awam yang berada di lokasi kejadian.

Menurut pasukan keselamatan anggota tentera kemudiannya melepaskan tembakan terhadap lelaki bersenjata bermotosikal yang mengiringi pengebom nekad itu, menyebabkan sekurang-kurangnya enam daripada mereka terbunuh.

Peperangan yang membabitkan kumpulan militan itu setakat ini sudah mengorbankan lebih 20,000 nyawa. -AP

Berita Harian X