Sabtu, 18 Februari 2017 | 12:03am
BAKAR ayam yang telah diperap. - Foto Nik Hariff Hassan
LETAKKAN sos tiram MAGGI pada ayam. - Foto Nik Hariff Hassan
GAULKAN sos tiram MAGGI bersama ayam hingga sebati. - Foto Nik Hariff Hassan

Resipi mudah, enak dimakan untuk makan malam


BURGER ayam telur masin.

MAHU makan malam tetapi sudah bosan dengan hidangan nasi bersama lauk pauk saban hari. Sesekali, mahu juga beralih selera dengan hidangan mengenyangkan dan lain dari yang lain seperti burger.

Namun, mungkin ada menolak hidangan burger kerana berpendapat, ia makanan yang tidak menyihatkan.

Eksekutif Perkhidmatan Korporat, Nestle Products Sdn Bhd, Cef Sharifah Hamidah Syed Mohsin, berkata hidangan burger mempunyai beberapa khasiat jika disediakan menggunakan bahan-bahan yang mempunyai nutrisi seimbang.

Beliau berkata, malah burger boleh dijadikan hidangan makan malam paling tepat kerana merangkumi roti, daging ayam dan sayuran bagus untuk kesihatan.


CHEF Sharifah Hamidah Syed Mohsin menghidangkan 'Burger ayam telur masin' di Dapur Maggi di Menara Surian, Mutiara Damansara. - Foto Nik Hariff Hassan

Banyak khasiat

Berkongsi resipi mudah, Sharifah Hamidah memperkenalkan Burger Ayam Telur Masin. Beliau menggunakan daging burger dibuat sendiri yang diperap bersama bahan perapan atau sos tiram sekurang-kurangnya tiga jam atau semalaman bagi membolehkan ia meresap sepenuhnya untuk rasa lebih enak.

"Cara membakarnya juga perlu betul, iaitu di atas bara api atau kuali pemanggang panas. Jangan sesekali membakarnya di atas api marak kerana ayam akan hangus dan rasanya pahit. Lebih baik, mengalas ayam dengan daun pisang untuk aroma menyegarkan," katanya.

Menggunakan telur masin sebagai bahan utama untuk menghasilkan sos istimewa, Sharifah Hamidah berkata, ia mempunyai banyak khasiat kerana tinggi protein, baik untuk kesihatan kulit, tulang dan mata selain menambah tenaga.

"Sama seperti telur biasa, telur masin juga mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Ia juga mempunyai vitamin misalnya, E dan A yang mampu menjadikan kulit lebih cerah, bersinar dan halus berbanding biasa. Vitamin A pula membantu meningkatkan kesihatan mata, selain menghalang dari masalah seperti rabun dan sebagainya," katanya.


ANTARA bahan-bahan utama bagi sajian 'Burger ayam telur masin' oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin di Dapur Maggi di Menara Surian, Mutiara Damansara. - Foto Nik Hariff Hassan

 

Burger ayam telur masin;

Bahan A
1 sudu besar minyak jagung
500 gram (g) dada ayam tanpa kulit
1 sudu besar sos Tiram MAGGI

Bahan B
1 sudu besar mentega tanpa garam
1/2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun kari
2 biji kuning telur masin, kukus dan lecek
3 biji cili padi, dicincang
1/4 cawan susu sejat
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil MAGGI CukupRasa
1 sudu kecil gula.

69 dibaca
Berita Harian X