Sabtu, 18 Februari 2017 | 1:27pm

Rumah Lego gergasi dibuka September

COPENHAGEN: Syarikat pembuat permainan Lego Denmark, membina sebuah rumah permainan di sini yang direka seperti versi 21 susunan bangunan gergasi, kata syarikat itu.

Rumah Lego yang dibina berhampiran ibu pejabat syarikat itu di Billund, dijangka dibuka September tahun ini.

"Rumah Lego bakal menjadi satu-satu seumpamanya di dunia dan ia akan kekal kerana Billund adalah tempat asal Lego dan kami tetap berada di sini," kata Pengurus Besarnya, Jesper Vilstrup.

Bangunan dengan keluasan 12,000 meter persegi dan direka oleh arkitek Denmark, Bjarke Ingels, itu termasuk tiga restoran, kedai Lego, empat ruang permainan dan galeri pameran sejarah Lego serta hasil rekaan peminat permainan itu.

Menurut Vilstrup, Rumah Lego akan mempamerkan semua susunan yang boleh dibina menggunakan Lego.

Pesaing utama syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel, mahu menjadi pembuat permainan terbesar di dunia, bekerjasama dengan francais filem Star Wars membabitkan urus niaga yang merangkumi set Lego, permainan video dan aplikasi telefon pintar.

Syarikat yang diasaskan pada 1932 oleh Ole Kirk Kristiansen dan cucunya, Kjeld Kirk Kristiansen itu menyasarkan untuk membawa kanak-kanak kembali kepada produk terasnya.

Susunan Lego pertama yang dihasilkan pada 1958. - REUTERS

Berita Harian X