Sabtu, 18 Februari 2017 | 6:31pm
ANGGOTA polis menyiasat lokasi rompakan sebuah kedai emas di sebuah pasar raya dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini. - FOto Zulfadhli Zulkifli

Empat perompak larikan barang kemas RM700,000

ANGGOTA polis menyiasat lokasi rompakan sebuah kedai emas di sebuah pasar raya dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini. - FOto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR: Empat lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan pistol, merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya dekat Sri Petaling di sini hari ini dan melarikan barang kemas bernilai RM700,000.

Suspek menyerbu masuk kedai itu jam 12.30 tengah hari dan tiga daripadanya memecahkan tempat pameran barang kemas dengan tukul manakala seorang lagi mengawas keadaan.

Mereka melarikan 20 dulang barang kemas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman, berkata ketika kejadian ada lima pekerja dan seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol revolver.

ANGGOTA polis menyiasat lokasi rompakan sebuah kedai emas di sebuah pasar raya dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini. - FOto Zulfadhli Zulkifli

"Siasatan awal mendapati suspek yang bersenjatakan pistol memukul belakang leher pengawal keselamatan terbabit dan mengarahkannya supaya meniarap di atas lantai.

"Tiga lagi rakannya bertindak memecahkan cermin pameran dan mengambil barang kemas yang dipamerkan di situ sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta Toyota berwarna emas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrul berkata, suspek turut melarikan senjata api milik pengawal keselamatan terbabit.

ANGGOTA polis menyiasat lokasi rompakan sebuah kedai emas di sebuah pasar raya dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini. - FOto Zulfadhli Zulkifli

Beliau berkata, pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berupaya memperoleh empat serpihan kaca dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan.

"Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam premis terbabit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X