Ahad, 19 Februari 2017 | 3:13pm

Kanak-kanak derita penyakit otot lemah

DATUK Seri Dr Hilmi Yahaya (kanan) bersama Presiden Pusat Dialisis Tabung Rawatan Pesakit Buah Pingang, Goik Hock Lai (dua dari kanan) melihat pesakit yang menerima rawatan dialisis sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia di Pusat Dialisis Tabung Rawatan Pesakit Buah Pingang, Jalan Maju Jaya, Bukit Mertajam. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
DATUK Seri Dr Hilmi Yahaya (kanan) bersama Presiden Pusat Dialisis Tabung Rawatan Pesakit Buah Pingang, Goik Hock Lai (dua dari kanan) melihat pesakit yang menerima rawatan dialisis sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia di Pusat Dialisis Tabung Rawatan Pesakit Buah Pingang, Jalan Maju Jaya, Bukit Mertajam. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

TUMPAT: Berat 3.3 kilogram (kg) untuk kanak-kanak berusia dua tahun bukan sesuatu yang normal, namun itulah yang dihadapi Nurul Damia Irdina Mohamad Izuan, 2, akibat menghidap penyakit Hypotonia atau masalah otot lemah.

Dilahirkan seberat 1.29 kg ketika kandungan berusia tujuh bulan, Nurul Damia Irdina mengalami pelbagai komplikasi antaranya masalah paru-paru kronik dan saluran pencernaan yang menyebabkan kesukaran untuk menelan.

Ibunya, Suriati Awang, 29, berkata seawal umur setahun, perut anaknya terpaksa ditebuk bagi memasang tiub, untuk dijadikan saluran makanan.

"Usahkan susu, air liur juga anak saya tidak boleh telan disebabkan masalah saluran pernafasan yang sempit. Setiap tiga jam sekali, Nurul Damia Irdina hanya minum susu yang dicampur dengan nestum sebanyak 75 mililiter (ml)," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Ketika ditemui di Kampung Kubang Batang, di sini, Nurul Damia Irdina hanya mampu terbaring, tidak banyak kerenah dan asyik menonton siri Upin dan Ipin. Sesekali, kanak-kanak itu menoleh apabila namanya dipanggil.

Suriati berkata, dari segi mental, anak sulung daripada dua beradik itu sama seperti kanak-kanak normal dan yang berbeza hanyalah fizikal memandangkan beratnya hampir dua kali ganda ringan dari adiknya, Nurul Inas Insyirah, yang berusia 10 bulan.

"Perbelanjaan untuk Nurul Damia Irdina agak besar bagi saya kerana suami, Mohamad Izuan Mohd Hamdan, 28, hanya seorang anggota tentera di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

"Setiap bulan, kami perlu membelanjakan lebih RM500 termasuk susu, nestum dan lampin pakai buang untuk Nurul Damia Irdina seorang.

"Bagaimanapun sejak setahun lalu, Nurul Damia Irdina memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan," katanya yang tidak bekerja disebabkan kekangan menjaga anak istimewanya itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X