Rabu, 24 Disember 2014 | 1:02pm
KEADAAN Jalan kilometer 40 Gua Musang-Lojing runtuh. - Foto Ihsan PDRM

23 laluan di Kelantan ditutup kepada lalu lintas

KOTA BAHARU : Satu lagi laluan iaitu di Kilometer (km) 10 Jalan Pangkal Gong-Kemubu di Machang ditutup kepada semua kenderaan pagi ini akibat banjir, menjadikan keseluruhan 23 laluan di lapan daerah di negeri ini ditutup kepada lalu lintas sejak banjir melanda, 16 Disember lepas.

Daripada jumlah itu, 16 laluan ditutup kepada semua kenderaan manakala enam laluan ditutup kepada kenderaan ringan saja, menurut Portal Banjir Kerajaan Negeri.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan di Gua Musang ialah Km15.8 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong dan KM0.6 Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai.

Di Kuala Krai ialah Jalan Sultan Yahya Petra (Bandar Kuala Krai), Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai), Km0.7 Jalan Guchil ke Batu Balai, Km66 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang dan Km100 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Di Machang ialah Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata, Jalan Kampung Paloh Rawa-Temangan, Jalan Kuala Sat-Kelaweh dan Jalan Kampung Kemuning-Sungai Merkam.

Di Pasir Mas ialah Km12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang(Jalan Lama) Kampung Siram, dan Km23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2.

Di Tumpat ialah Km8 Jalan Cabang 4 Kampung Jambu Meranti dan di Tanah Merah ialah Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah.

Enam laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah Km2 Jalan Keselamatan (KESBAN), Pengkalan Kubor-Kampung Jambu dan Km3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat; Km3 Jalan Pengkalan Rakit di Pasir Mas; Km37 Jalan Jeli-Dabong di Jeli dan Km4 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kota Baharu. - BERNAMA

23 dibaca
Berita Harian X